Lelaki yang melarikan diri dalam keadaan berbogel selepas membunuh dengan mengelar leher isteri dan bayi lelakinya di Kampung Bakar Batu Johor bahru semalam, direman tujuh hari bermula hari ini.<br /><br />Perintah reman itu dikeluarkan penolong pendaftar Mahkamah Majistret Johor Bahru, Nur Izzaty Muhammad Zahari, selepas permohonan dikemukakan Polis Diraja Malaysia, PDRM.
